Wednesday, April 28, 2010

Koleksi Kain Pasang Sutera

Koleksi Kain Pasang Sutera berkualiti tinggi.


Kod Produk: KBS001
Harga: RM 65
Status: Available


Sutera Thai asli sulaman tangan. mudah digosok dan kurang berkedut. 4 meter (meter kain "plain" untuk bahagian baju, 2 meter kain bersulam untuk bahagian kain.Material berkualiti tinggi.



Kod Produk: KBS002
Harga: RM 90
Status: Sold

Sutera asli dari Thailand. Fabrik berkualiti tinggi pada harga yang istimewa.



Kod Produk: KBS003
Harga: RM 90
Status: Sold

Sutera asli dari Thailand. Fabrik berkualiti tinggi pada harga yang istimewa.


Kod Produk: KBS004
Harga: RM 90
Status: Sold

Sutera asli dari Thailand. Fabrik berkualiti tinggi pada harga yang istimewa.



Kod Produk: KBS005
Harga: RM 120

Status: Available

Sutera batik berkualiti,material lembut dan selesa, siap berkerawang. Sesuai untuk kebaya atau kurung moden.


Hubungi kami segera sementara stok masih ada.





Hubung Kami untuk dapatkan No Akaun

Dompet Kulit Ikan Pari Original


Kod Produk: P3220194
Harga: RM 90
Status: Available

Kod Produk: P3220189
Harga: RM 120
Status: Available


Kod Produk: P3220184
Harga: RM 160
Status: Available


Kod Produk: P3220178
Harga: RM 150
Status: Available

Anda boleh membuat pembayaran melalu Internet Banking kepada pihak kami. Kami ada menyediakan pembayaran melalui Maybank2u, Ambank Internet Banking dan CIMB Click. Hubungi Kami untuk keterangan lebih lanjut. Penghantaran akan dihantar secara pos.

Hubungi kami di:
0125399672 (Din)
0122301481 (Nuha)

Klik Sini Untuk:

maybank2u


Klik Sini Untuk:




Klik Sini Untuk:




Klik Sini Untuk:




Friday, April 23, 2010

Kelambu Mudah Pasang, Mudah Alih, Mudah Simpan.



  1. Adakah di kawasan perumahan anda mempunyai banyak nyamuk??
  2. Adakah di kawasan perumahan anda berisiko diserang nyamuk aides dan dijangkiti denggi?

Jangan biarkan diri anda dan keluarga terutama anak kecil anda digigit nyamuk aides yang boleh membawa kepada kematian. Oleh itu, kami ada penyelesaikan kepada masalah anda. Anda tidak perlu menggunakan racun serangga untuk menghalau dan membunuh nyamuk yang juga boleh membahayakan anak kecil anda kerana terdedah kepada racun tersebut.

Penyelesaian yang terbaik untuk anda. Dapatkan segera kelambu mudah pasang, mudah alih, dan mudah simpan dari kami. Anda tidak perlu lagi bersusah payah memasang kelambu secara tradisional lagi yang memerlukan tali untuk memasang. Kelambu mudah pasang, mudah alih, dan mudah simpan ini menjamin akan memberi keselesaan kepada anda sekeluarga.

Jika anda ingin keselesaan dan tidak mahu diri diganggu nyamuk atau serangga lain, dapatkan dengan segera kelambu mudah pasang, mudah alih dan mudah simpan.

Kami menawarkan harga yang istimewa untuk anda yang membuat pembelian awal..

Untuk maklumat lanjut bagi mendapatkan kelambu mudah pasang, mudah alih dan mudah simpan dari kami, hubungi kami segera melalui talifon ataupun anda juga boleh email kepada kami.

012-5399672 (Din)
012-2301481 (Nuha)

Dhurotonnuha@yahoo.com


Info Harga.

# 1 Biji kelambu mudah pasang, mudah alih dan mudah simpan pada harga RM65 sahaja.
# 2 Biji kelambu mudah pasang, mudah alih dan mudah simpan pada harga RM125 sahaja.
# Kos penghantaran adalah percuma.. Penghantaran akan dihantar dalam masa 3 hari bekerja selepas bayaran dibuat kepada pihak kami.

Tetapi.....Kami menawarkan harga istimewa kepada 50 pembeli terawal sahaja. Untuk memdapatkan harga istimewa, hubungi kami segera sebelum pembeli sudah melepasi 50 orang. Tawaran ini akan ditamatkan dalam beberapa minggu sahaja.

Klik Sini Untuk:

maybank2u


Klik Sini Untuk:



Klik Sini Untuk:




Klik Sini Untuk:


Jika anda berminat untuk menjadi pengedar di kawasan anda, hubungi kami untuk rundingan harga.




INFO MENGENAI DENGGI

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

TANDA GEJALA DENGGI

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).

Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.

PENCEGAHAN DENGGI

Pada masa kini tidak terdapat vaksin siap untuk demam denggi flavivirus. Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk.

Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik, manakala penggunaan kelambu dan juga semburan (fogging) juga boleh membantu.

MENGENAL PASTI DEMAM DENGGI

Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.

Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.

Antara tanda-tanda demam denggi ialah:

  1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan
  2. Bintik merah pada kulit
  3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
  4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut
  5. Hilang selera makan
  6. Muntah-muntah
  7. Sakit perut
  8. rasa pahit pada lidah
  9. lemah dan tidak bermaya
BAGAIMANA DEMAM DENGGI DIJANGKITI??

  1. Nyamuk aedes membawa kuman deman denggi
  2. Seorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedes
  3. Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya.
  4. Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi

INFO MENGENAI NYAMUK



Nyamuk adalah serangga tergolong dalam order Diptera; genera termasuk Anopheles, Culex, Psorophora, Ochlerotatus, Aedes, Sabethes, Wyeomyia, Culiseta, dan Haemagoggus untuk jumlah keseluruhan sekitar 35 genera yang merangkumi 2700 spesies. Nyamuk mempunyai dua kepak bersisik ( scaled wings ), ( halteres ), tubuh yang langsing, dan enam kaki panjang; bersaiz berbeza-beza tetapi jarang sekali melebihi 15 mm.

Dalam bahasa Inggeris, nyamuk dikenali sebagai "Mosquito", iaitu dari perkataan dalam bahasa Sepanyol atau bahasa Portugis yang bererti lalat kecil. Penggunaan perkataan Mosquito bermula sejak tahun 1583. Di England nyamuk dikenali sebagai ( gnats ).

Dalam kebanyakan nyamuk betina, bahagian mulut membentuk proboscis panjang untuk menembusi kulit mamalia (atau dalam sesetengah kes burung atau juga reptilia dan ( amphibians )) untuk menghisap darah. Nyamuk betina memerlukan protin untuk pembentukan telur dan oleh kerana diet nyamuk terdiri daripada madu dan jus buah, yang tidak mengandungi protin, kebanyakan nyamuk betina perlu menghisap darah untuk mendapatkan protin yang diperlukan. Nyamuk jantan berbeza dengan nyamuk betina, dengan bahagian mulut yang tidak sesuai untuk menghisap darah. Agak pelik nyamuk betina daripada satu genus, Toxorhynchites, tidak pernah menghisap darah. Larva nyamuk besar ini merupakan pemangsa kepada jentik-jentik nyamuk yang lain.

Nyamuk melalui empat tahap yang jelas dalam kitaran hayatnya: telur, larva, pupa, dan dewasa. Tempoh tiga peringkat pertama bergantung kepada spesies - dan suhu. Culex tarsalis boleh melengkapkan kitaran hayatnya dalam tempoh 14 hari pada 20 °C dan hanya sepuluh hari pada suhu 25 °C. Sesetengah spesies mempunyai kitaran hayat sependek empat hari atau sehingga satu bulan. Larva nyamuk dikenali sebagai Jentik-jentik boleh di dapati di lopak atau sebarang bekas berisi air. Jentik-jentik bernafas melalui salur udara yang terdapat pada hujung ekor. Pupae biasanya seaktif larva, tetapi bernafas melalui tanduk thorakis ( thoracic ) terdapat pada gelung thorakis. Kebanyakan jentik-jentik memakan mikroorganism, tetapi beberapa jentik-jentik adalah pemangsa bagi jentik-jentik spesies lain. Sesetengah larva nyamuk seperti Wyeomyia hidup dalam keadaan luar biasa. Jentik-jentik spesies ini hidup dalam air tergenang dalam tumbuhan epifit ( epiphytic bromeliad ) atau di dalam air tergenang dalam pokok periuk kera. Jentik-jentik spesies genus Deinocerites hidup di dalam sarang ketam sepanjang persisiran pantai.

Pepatung ( Dragonfly ), juga dikenali sebagai helang nyamuk ( mosquito hawks ), merupakan agen pengawal yang berkesan. Larva Pepatung (naiads) memakan jentik-jentik dalam takungan air sementara pepatung dewasa pula memburu dan memakan nyamuk dewasa, terutamanya nyamuk harimau asia yang terbang pada waktu siang. Penyemburan nyamuk boleh memburukkan keadaan dan meningkatkan populasi nyamuk dalam tempoh jangka masa panjang sekiranya penyemburan itu menghapuskan pepatung dan pemangsa semulajadi yang lain.

Sesetengah nyamuk mampu menyebarkan penyakit protozoa (protozoan) seperti malaria, penyakit (filarial) seperti filariasis, dan penyakit bawaan virus seperti demam kuning, demam denggi, encephalitis, dan virus Nil Barat.

Berat nyamuk hanyalah 2 hingga 2.5 mg. Nyamuk mampu terbang antara 1.5 to 2.5 km/h.

Penghalau nyamuk biasanya mempunyai kandungan aktif berikut: DEET, sulingan minyak Catnip - Nepetalactone, Citronella atau sulingan minyak eucalyptus.